KEMENANGAN AKIDAH (#12098)

Dimuliakanlah Engkau, Ya Tuhan, Tuhanku! Jelmakanlah sungai-sungai kekuatan-Mu yang berdaulat, agar air kesatuan-Mu akan mengalir melalui realiti terdalam segala benda, sehinggakan panji bimbingan-Mu yang tak terhingga akan dinaikkan tinggi di kerajaan perintah-Mu dan bintang-bintang sinaran keilahian-Mu akan bersinar dengan terang di syurga keagungan-Mu.

Berkuasalah Engkau untuk membuat apa yang Engkau redai. Sesungguhnya, Engkaulah Penolong dalam Bencana, Yang Berdiri Sendiri.

-Bahá'u'lláh
-----------------------

KEMENANGAN AKIDAH (#12099)

Kemuliaan bagi-Mu, Ya Tuhanku, Engkaulah yang telah mewujudkan segala benda tercipta melalui kekuatan perintah-Mu.

Ya Tuhan! Bantulah mereka yang telah              meninggalkan segala sesuatu kecuali Engkau dan berikanlah kepada mereka kemenangan yang hebat. Turunkanlah kepada mereka, Ya Tuhan, angkatan malaikat di syurga dan di bumi dan segala yang ada di antaranya, untuk membantu hamba-hamba-Mu, dan menolong serta menguatkan mereka, membolehkan mereka untuk mencapai kemenangan, menyokong mereka dan menganugerahi mereka dengan kemuliaan, memberikan kepada mereka kehormatan dan keluhuran, serta menjadikan mereka kaya dan memberikan mereka kemenangan yang     menakjubkan.

Engkau adalah Raja mereka, Raja langit dan bumi, Raja segala alam. Kuatkanlah Akidah ini, Ya Tuhan, melalui kekuatan hamba-hamba ini, dan bolehkanlah mereka menang ke atas semua bangsa di dunia; kerana sesungguhnya mereka itu adalah hamba-Mu yang telah melepaskan diri daripada segala sesuatu melainkan Engkau, dan sesungguhnya Engkau adalah Pelindung bagi para penganut yang sejati.

Bolehkanlah, Ya Tuhan, agar kalbu-kalbu mereka menjadi lebih kuat daripada apa pun yang ada di langit dan di bumi dan apa sahaja yang ada di antaranya, melalui kesetiaan kepada Akidah-Mu yang tak dapat dikalahkan; dan perkuatkanlah, Ya Tuhanku, tangan-tangan mereka dengan tanda-tanda kekuasaan-Mu yang menakjubkan agar mereka dapat menjelmakan kekuatan-Mu di   hadapan penglihatan semua manusia.

-The Báb
-----------------------

KEMENANGAN AKIDAH (#12100)

Ya Tuhan! Bolehkanlah semua manusia di bumi untuk memasuki Syurga Akidah-Mu, agar tiada benda tercipta kekal jauh daripada batas keredaan-Mu.

Sejak azali Engkau berkuasa untuk membuat apa yang Engkau redai dan maha tinggi di atas apa yang Engkau hasrati.

-The Báb
-----------------------

